Olimpik Rio 2016

Selamat malam buat teman-teman blogger sekalian dan si pembaca semua. Ok malam niey kita cerita pasal sukan Olimpik yang tengah berlangsung dekat Rio de Jeneiro tu ye. Semua sedia maklum kan yang kita dah dapat 1 pingat gangsa dari sukan berbasikal acara keirin. Tahniah diucapkan kepada 'Pocket Rocket Man' kita iaitu Azizulhasni Awang. Terbaik boh mu satu-satunya anak melayu yang bawak balik pingat kali niey.

Ok kita tinggalkan cerita tu kita ke pingat perak pulak. Pingat perak pertama dirangkul oleh pasangan terjun seirama negara iaitu Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong. Mereka menunjukkan aksi yang cemerlang pada perlawanan tersebut. Seterusnya pingat perak dari pasukan badminton beregu campuran. Walaupun Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying telah berusaha sehabis mungkin tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila tunduk straight set ditangan pasangan dari Indonesia.

Perak yang ke-3 datangnya dari pasukan badminton pasangan beregu lelaki iaitu Tan Wee Kiong dan Goh V Shem. Mereka tewas ditangan pemain China di perlawan rubber set 22-20. Apapun tahniah diucapkan kerana mereka telah buat yang terbaik. Malam niey pula berlangsung perlawanan diantara Dato' Lee Chong Wei dan Chen Long.

Perlawanan yang pada mulanya nampak seimbang diakhiri dengan kemenangan kepada Chen Long dengan 21-18. Chong Wei cuba bangkit di set kedua tetapi ternyata Chen Long tidak memberi ruang untuk Chong Wei mengumpul mata dengan mudah. Tamat perlawanan Chen Long menang straight set dgn 21-18, 21-18. Apapun tahniah untuk Chong Wei sebab dah berusaha sehabis mungkin namun nasib tidak menyebelahinya. Kami sebagai rakyat Malaysia tetap berbangga dengan kejayaan anda.

Sukan Olimpik kali ini mungkin yang terakhir yang akan disertai oleh Chong Wei. Olimpik kali ini jugak menyaksikan persembahan akhir dari beberapa atlet lain seperti Michael Phelps dari acara renang, Usain Bolts dari lumba lari dan Lin Dan dari sukan badminton. Wajah-wajah ini pasti akan dirindui oleh penggemar-penggemar sukan.

Tahniah semua yang telah mengharumkan nama negara. You're the best. Well done guys ❤️
Sampai ketemu lagi di #Tokyo2020.
#Olympics #Rio2016 #MAS #MalaysiaBoleh

LOT OF LOVE FROM ME 😘

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan

Selamat Tahun Baru 2015