Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Olimpik Rio 2016

Selamat malam buat teman-teman blogger sekalian dan si pembaca semua. Ok malam niey kita cerita pasal sukan Olimpik yang tengah berlangsung dekat Rio de Jeneiro tu ye. Semua sedia maklum kan yang kita dah dapat 1 pingat gangsa dari sukan berbasikal acara keirin. Tahniah diucapkan kepada 'Pocket Rocket Man' kita iaitu Azizulhasni Awang. Terbaik boh mu satu-satunya anak melayu yang bawak balik pingat kali niey. Ok kita tinggalkan cerita tu kita ke pingat perak pulak. Pingat perak pertama dirangkul oleh pasangan terjun seirama negara iaitu Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong. Mereka menunjukkan aksi yang cemerlang pada perlawanan tersebut. Seterusnya pingat perak dari pasukan badminton beregu campuran. Walaupun Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying telah berusaha sehabis mungkin tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila tunduk straight set ditangan pasangan dari Indonesia. Perak yang ke-3 datangnya dari pasukan badminton pasangan beregu lelaki iaitu Tan Wee Kiong dan Goh V She